NADI MELUGU X CYBERSECURITY – WEBINAR: CARA MENANGANI ANCAMAN SERANGAN SIBER
29 Januari 2026 | Aktiviti Terkini
Satu sesi webinar bertajuk “Cara Menangani Ancaman Serangan Siber” telah berjaya dianjurkan bagi mengupas isu sebenar berkaitan ancaman siber serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan digital.
Webinar ini memberi fokus kepada jenis-jenis serangan siber yang sering berlaku, termasuk penipuan dalam talian, phishing, perisian hasad dan kecurian data peribadi. Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan yang praktikal dan mudah diamalkan dalam penggunaan internet dan peranti digital harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: