NADI MELUGU X E-SUKAN – PODCAST: EPISOD 13 KERJAYA DALAM E-SUKAN

29 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Kelas bertajuk “Podcast: Episod 13 Kerjaya Dalam E-Sukan’’ ini bertujuan memberi perkongsian ilmu dan perbincangan berkaitan dunia e-sukan kepada komuniti, khususnya golongan belia yang berminat dalam industri ini.

Episod kali ini menampilkan perbincangan mengenai perkembangan terkini e-sukan, cabaran yang dihadapi oleh pemain, serta peluang yang wujud dalam ekosistem e-sukan merangkumi aspek permainan, pengurusan pasukan dan pembinaan kerjaya. Perkongsian ini bertujuan memberi gambaran lebih jelas tentang realiti dunia e-sukan yang semakin berkembang dan kompetitif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali