NADI MELUGU X TINY TECHIES – KELAS ULANGKAJI SIRI 2: MIKROBIT & ROBOTIK
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi Kelas Ulangkaji Siri 2 bagi topik Mikrobit & Robotik telah berjaya dilaksanakan.
Sesi ini bertujuan mengukuhkan kefahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan menggunakan mikrobit serta konsep asas robotik yang telah dipelajari sebelum ini. Sepanjang kelas, peserta diberi penerangan semula mengenai fungsi komponen utama mikrobit, penggunaan blok kod, serta cara membina atur cara mudah bagi mengawal pergerakan dan fungsi robot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: