Program Khas Bazar Raya @ Nadi Melugu

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Bazar NADI Melugu yang telah diadakan pada 14 Mac 2026 dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang mendapat sambutan yang meriah daripada komuniti setempat. Seramai 10 usahawan telah menyertai program ini dengan menawarkan pelbagai jualan serta memperoleh hasil yang memberangsangkan.

Program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan komuniti, di samping menyokong perkembangan usahawan kecil. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan baik dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali