Webiner Sesi Taklimat Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia

24 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webiner Sesi Taklimat Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia. Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memastikan setiap petugas NADI memahami impak dan pindaan akta dalam memberi hebahan dan kesedaran kepada komuniti sekitar.

Taklimat ini telah disertai oleh Pengurus/Penolong Pengurus NADI seluruh negara. Puan Sharifah Sara Shahira Syed Ahmad yang telah menerangkan mengenai objektif utama pindaan akta Komunikasi dan Multimedia 1998, 3 kategori utama pindaan, dan lain-lain pindaan akta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali