Webiner NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Tiny Technies x NADI Online Workshop Series : SQL & Revision

24 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Tiny Technies x NADI Online Workshop Series yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan mengenai SQL & Revision.

Dalam sesi webinar ini, peserta yang terdiri daripada petugas NADI telah diminta untuk melayari laman web bertajuk Future Skills for All yang mengandungi pembelajaran mengenai siri micro:bit, siri robotic, siri HTML, siri Python dan siri SQL. Mereka dikehendaki untuk mempelajari tentang siri SQL & Revision terlebih dahulu dan menjawab kesemua soalan kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari bagi membolehkan mereka mendapat e-sijil yang akan dihantar melalui email peserta sekiranya peserta mendapat markah 70% ke atas bagi setiap kuiz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali