Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 5)
21 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelum ini. Pada kelas minggu ke-5, Cikgu Fazli telah menerangkan mengenai peralatan yang digunakan untuk menguji telefon pintar, fungsi utama alat uji telefon pintar, cara menyambungkan alat uji telefon pintar, kegunaan dan kelebihan alat uji telefon pintar. Selain itu, Cikgu Fazli juga telah menerangkan mengenai android iaitu maksud dan versi android.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: