Webiner Program Khas : Mahir Short Learning Series (SLS) – Kelas Tiramisu Viral
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Program Khas iaitu tiramisu viral yang diadakan menggunakan platform Youtube. Webiner ini diadakan untuk menggalakkan peserta menjana pendapatan tambahan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah.
Dalam program khas ini, peserta yang hadir telah diterangkan mengenai resepi tiramisu yang menggunakan beberapa bahan seperti mascarpone cheese, whipping cream, gula kastor, telur kuning (Gred A), esen vanilla, kek span vanilla, serbuk koko, kopi instant dan sedikit air panas. Kemudian, peserta diajar langkah demi langkah cara membuat tiramisu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: