Webiner NADI x Cybersecurity – Asas Keselamatan Siber Untuk Usahawan
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI x Cybersecurity iaitu asas keselamatan siber untuk usahawan yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk memperkasa usahawan dengan ilmu keselamatan siber bagi perniagaan mereka.
Dalam webinar ini, En. Izzat Hamizan yang merupakan speaker telah menerangkan mengenai keperluan pembayaran digital untuk usahawan, cara untuk mengenalpasti pembayaran digital, penggodaman akaun bank melalui malware dan teknik scammer untuk mengugut perniagaan usahawan serta langkah yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa ugutan scammer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: