Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 5)

18 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-5 ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pembuatan bun.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Dalam kelas pada kali ini, peserta telah mengikuti kelas gabungan selama 2 jam dimana Cikgu Ros telah menerangkan mengenai bahan-bahan yang diperlukan, cara penyediaan bun, cara timbang dan bulatkan doh serta cara pembuatan burger bun, chicken floss bun, red bean bun dan bun sosej.

Cikgu Ros juga telah memberitahu bahawa pada minggu ke-6 peserta akan membuat Korean garlic cheese bun. Untuk itu, beliau telah memesan peserta untuk membawa bahan-bahan seperti bun burger, bawang putih, butter, mayonis, telur, susu pekat manis, parsley kering, cream cheese, gula kastor dan UHT whipping cream. Perkakasan yang akan digunakan untuk pembuatan Korean garlic cheese bun akan disediakan oleh pihak NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali