Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Foto – Intake 1 (Minggu 9)

18 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-9 ini bertujuan untuk mempelajari tentang pencahayaan studio dalam fotografi.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Pada minggu ini, peserta telah diterangkan mengenai pencahayaan dalaman, kegunaan pencahayaan studio, jenis-jenis fotografi, contoh teknik pencahayaan studio, kelebihan pencahayaan studio dan kekurangan pencahayaan studio.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali