Webiner Sesi Taklimat Penerangan Cadangan Kerjasama NADI dan JAPEN

16 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webiner Sesi Taklimat Penerangan Cadangan Kerjasama NADI dan JAPEN.

Taklimat ini telah disertai oleh Pengurus/Penolong Pengurus NADI seluruh negara, Pejabat Wilayah Negeri, Jabatan NADI, wakil DUSP, wakil TP, wakil Pejabat MCMC Negeri, wakil PPD dan wakil JAPEN. Dalam taklimat ini, En. Nazmi telah menerangkan mengenai tindakan-tindakan oleh JAPEN negeri seperti melaksanakan pemadanan Komuniti MADANI dengan NADI yang terhampir, penyelarasan gerak kerja antara PPD, Penyelaras Komuniti MADANI dan Pengurus NADI yang perlu sentiasa diadakan, menghebahkan program-program NADI kepada komuniti MADANI, mengadakan mesyuarat di NADI yang berhampiran dan lain-lain lagi.

Selain itu, En. Azahari yang merupakan Ketua Jabatan NADI turut memberi penerangan mengenai objektif NADI dan perkhidmatan-perkhidmatan di NADI yang ditawarkan kepada komuniti MADANI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali