Webiner NADI x Keusahawanan – Taklimat Bersama Petugas NADI : Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025

16 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI x Keusahawanan yang diadakan secara maya menggunakan platform Zoom Meeting. Webiner ini diadakan bertujuan untuk mencari ikon usahawan NADI 2025.

Dalam sesi webinar ini, speaker telah menerangkan mengenai objektif program yang menggalakkan penglibatan para usahawan dari semua peringkat umur. Peserta yang menyertai program ini akan melalui beberapa peringkat saringan iaitu Fasa 1 : Latihan keusahawanan, Fasa 2 : Kem keusahawanan peringkat negeri, Fasa 3 : Projek Mercu Peringkat Nasional dan Fasa 4 : Peringkat Akhir.

Selain itu, peserta turut akan menyertai beberapa siri program yang akan diadakan mengikut tarikh tertentu pada setiap bulan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali