Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 1)
16 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu pertama ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan sistem MTS dan topik-topik yang akan dipelajari sepanjang kursus ini.
Pada kelas pertama ini, Cikgu Ahmad Hanif telah memberi penerangan mengenai cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus pertanian pintar iaitu modul-modul yang akan dipelajari sehingga minggu ke-20.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: