Webiner NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Tiny Technies x NADI Online Workshop Series : Micro:bit & Robotik
15 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Tiny Technies x NADI Online Workshop Series yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan mengenai microbit dan robotic.
Dalam sesi webinar ini, peserta yang terdiri daripada petugas NADI telah diminta untuk melayari laman web bertajuk Future Skills for All yang mengandungi pembelajaran mengenai siri micro:bit, siri robotic, siri HTML, siri Python dan siri SQL. Mereka dikehendaki untuk mempelajari tentang siri micro:bit dan robotic terlebih dahulu dan menjawab kesemua soalan kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari bagi membolehkan mereka mendapat e-sijil yang akan dihantar melalui email peserta sekiranya peserta mendapat markah 70% ke atas bagi setiap kuiz.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: