Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 4)
11 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-4 ini bertujuan untuk mempelajari cara-cara membuat kopi.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Dalam kelas pada kali ini, peserta telah membuat 2 jenis kopi iaitu cappuccino dan berasaskan bahan-bahan yang disediakan sendiri oleh peserta mengikut resepi yang dikongsi oleh cikgu mahir masak pada kelas minggu lepas. Antara bahan-bahan yang disediakan oleh peserta kelas adalah kopi instan, ais batu, susu segar dan gula.
Cikgu Ros menerangkan modul untuk minggu ke-5 adalah pembuatan bun. Beliau mengatakan bahawa untuk kelas akan datang peserta tidak perlu membawa bahan-bahan dan perlu menghadiri kelas gabungan selama 2 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: