Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Foto – Intake 1 (Minggu 8)
11 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-8 ini bertujuan untuk mempelajari tentang cahaya (lighting).
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada bulan lepas. Pada minggu ini, peserta telah diterangkan mengenai kualiti cahaya, contoh kualiti kehidupan sebenar kualiti cahaya dalam fotografi dan kategori cahaya semulajadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: