Webiner x Kesejahteraan Kendiri – Kesihatan Buah Pinggang : Pencegahan dan Pengesanan Awal

8 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Kesihatan Buah Pinggang yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai cara untuk menjaga kesihatan buah pinggang dari segi pencegahan dan mengenal pasti tanda-tanda awal.

Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Dr. Wan Mohd Rasis Wan Ahmad Kamil yang merupakan pakar nefrologi dari Prince Court Medical Centre. Dalam webinar ini , beliau telah menerangkan mengenai cara buah pinggang berfungsi, fungsi-fungsi buah pinggang, apa yang akan berlaku sekiranya buah pinggang rosak, definisi penyakit buah pinggang, tahap dan punca penyakit buah pinggang serta cara mencegah penyakit buah pinggang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali