Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 3)

7 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-3 ini bertujuan untuk menjelaskan kepada peserta mengenai telefon pintar.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelum ini. Pada kelas minggu ketiga, Cikgu Fazli telah menerangkan mengenai sejarah dan evolusi telefon pintar, potensi menjana pendapatan dalam bidang baik pulih telefon pintar, peluang kerjaya dalam bidang baik pulih telefon pintar dan langkah asa keselamatan semasa proses membaiki telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali