Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 3)
4 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 3 Januari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-3 ini bertujuan untuk memepelajari cara-cara membuat mocktail.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Dalam kelas pada kali ini, peserta telah membuat 3 jenis mocktail iaitu mojito soda herbs, mojito orange juice dan mojito blue lagoon berasaskan bahan-bahan yang disediakan sendiri oleh peserta mengikut resepi yang dikongsi oleh cikgu mahir masak pada kelas minggu lepas. Antara bahan-bahan yang disediakan oleh peserta kelas adalah laici dalam tin, daun pudina, serai, buah oren, ais batu, air gula vanilla, aiskrim soda, air gula blue lagoon dan jus lemon.
Cikgu Ros menerangkan modul untuk minggu ke-4 adalah pembuatan kopi. Beliau meminta peserta menyediakan bahan-bahan seperti serbuk kopi (sebarang jenama yang instant), susu farm fresh (200ml), ais batu, sugar syrup, cup plastik dan cerek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: