Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 7)
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-7 ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pembuatan burger.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Terlebih dahulu, Cikgu Ros telah mengucapkan terima kasih kepada peserta yang telah menghantar tugasan bertajuk Mocktail. Dalam kelas gabungan yang berlangsung selama 2 jam ini, Cikgu Ros telah menerangkan mengenai pembuatan bun iaitu senarai bahan yang diperlukan, langkah- langkah penyediaan roti ban burger, patty burger ayam/daging, sos blackpaper dan bahan-bahan sayurseperti kobis, tomato, salad dan bawang.
Cikgu Ros juga telah memberitahu bahawa pada minggu ke-8 peserta akan membuat Belgian Almond Chocolate Chip Cookies. Untuk itu, beliau telah memesan peserta untuk membawa bahan-bahan mentah seperti mentega, gulas kastor, soft brown sugar, telur, esen vanilla, butter oil, tepung jagung, tepung gandum, baking soda, Belgium choc chip dan almond slice. Perkakasan yang akan digunakan untuk pembuatan biskut chip ini akan disediakan oleh pihak NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: