Webinar x Kesejahteraan Kendiri – Darah Tinggi : Kaitan & Kesihatan Buah Pinggang

8 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Darah Tinggi : Kaitan dan Kesihatan Buah Pinggang yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webinar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kaitan antara tekanan darah tinggi dan buah pinggang.

Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Dr Wan Mohd Rasis Wan Ahmad Kamil yang merupakan Pakar Perunding Perubatan Buah Pinggang ( Nefrologi) dan Perubatan Dalaman Prince Court Medical Centre. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan mengenai bagaimana tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang saling berkaitan, tanda-tanda kerosakan buah pinggang akibat darah tinggi dan kepentingan dan cara mengawal tekanandarah untuk mencegah komplikasi serius.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali