Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 3)
6 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu ke-3 ini bertujuan untuk mempelajari tentang asas kesuburan tanah.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-3 ini, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan tentang maksud kesuburan tanah, komposisi tanah, tekstur tanah, bahan organic tanah, struktur, nutrient, baja dan kaedah pembajaan, kelebihan dan kekurangan jenis-jenis baja, gred baja dan amalan pengurusan kesuburan tanah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: