Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 1)

5 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu pertama ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai sistem MTS dan topik yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Jahit – Intake 1 ini.

Dalam kelas pertama ini, peserta telah berkenalan dengan tenaga pengajar sepanjang kursus ini, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kepada kursus Mahir Jahit. Kursus Mahir Jahit ini merangkumi 5 modul iaitu asas jahitan, baju kurung moden, baju kurung tradisional, baju kurung kontemporari dan skirt duyung serta kain ombak beralun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali