Webinar x Kesejahteraan Kendiri – Makan Dengan Bijak : Kenali Makanan Anda
5 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webinar Kesejahteraan Kendiri – Makan Dengan Bijak : Kenali Makanan Anda yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webinar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rahsia pemakanan sihat dan seimbang serta cara membuat pilihan makanan yang baik untuk kesihatan.
Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh En. Hj Ridzoni Sulaiman yang merupakan Pakar Diet di Ridz Academy & Services. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan mengenai mengenali nutrient dalam makanan, membezakan fungsi makronutrien dan mikronutrien, mengenali jenis-jenis makronutrien dan mikronuterin dan sumber makanan, mengenali jumlah kalori dalam pelbagai contoh makanan dan teknik membaca kandungan nutrient pada label pek / kotak makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: