Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 6)

4 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-6 ini bertujuan untuk mempelajari cara membuka dan memasang android.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelum ini. Pada kelas minggu ke-6, Cikgu Fazli telah menerangkan mengenai tips dalam mengendalikan proses membuka dan memasang android serta langkah-langkah membuka telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali