Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 7)

6 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2025, 2 peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-7 ini bertujuan untuk mempelajari tentang penyediaan larutan baja.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-7 ini, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan mengenai keperluan baja, kandungan baja, jenis baja fertigasi di pasaran, langkah-langkah penyediaan stok baja, lakaran bentuk sistem fertigasi, komponen pengairan, keperluan asas media tanaman, keperluan asas bekas tanaman dan amalan pengurusan kesuburan tanah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali