Webinar x Kesejahteraan Kendiri – Telinga Kecil Impak Besar : Kenali dan Rawat Masalah Pendengaran Kanak-kanak

5 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webinar Kesejahteraan Kendiri – Telinga Kecil Impak Besar : Kenali dan Rawat Masalah Pendengaran Kanak-kanak yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webinar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak.

Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh prof. Dr. Goh Bee See yang merupakan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak dari Fakulti Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan tentang bagaimana masalah pendengaran menjejaskan perkembangan bahasa dan komunikasi anak, tanda-tanda awal gangguan pendengaran pada bayi dan kanak-kanak, rawatan moden dan teknologi terkini serta kepentingan saringan awal dan intervensi cepat untuk mendapatkan bantuan bagi merawat masalah pendengaran kanak-kanak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali