Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 13 & 14
1 November 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi webinar NADI X Keusahawanan bertajuk Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 13 & 14 telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Kedua-dua slot ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman peserta terhadap pengurusan kewangan dan perlindungan jenama, malah memberi inspirasi untuk mereka mengaplikasikan ilmu tersebut dalam menguruskan perniagaan dan kewangan dengan lebih berkesan.
Slot 13 – Duit Masuk, Duit Keluar: Eh Mana Perginya?
Tenaga Pengajar: Abu Musa Bin Mansor
Slot ini bertujuan memberi kefahaman kepada peserta tentang kepentingan merekod serta memantau aliran keluar masuk wang secara sistematik. Peserta didedahkan kepada kaedah pengurusan kewangan yang lebih teratur bagi membantu mereka mengawal perbelanjaan, merancang bajet dan mengelakkan pembaziran dalam kehidupan seharian.
Slot 14 – Jenama Ini Milik Aku... Ye Ke?: Asas Cap Dagangan
Tenaga Pengajar: Najmi Aliff Che Harun
Slot ini bertujuan memperkenalkan konsep dan kepentingan cap dagangan (trademark) dalam dunia perniagaan. Peserta diberi pendedahan tentang cara melindungi hak milik jenama serta langkah-langkah asas untuk mendaftarkan cap dagangan bagi memastikan identiti produk mereka dilindungi secara sah di sisi undang-undang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: