Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 7, 8 & 9

30 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi webinar NADI X Keusahawanan bertajuk Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 7, 8 & 9 telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini memberi tumpuan kepada strategi perniagaan, penggunaan teknologi serta pembinaan jenama usahawan.

Slot 7– Refleksi 2025: Rancang Bisnes Padu untuk 2026
Tenaga Pengajar: Tengku Ismith Bin Tengku Ilham.
Slot ini bertujuan membantu peserta menilai semula prestasi perniagaan sepanjang tahun 2025 serta merangka strategi yang lebih kukuh untuk tahun 2026. Peserta diberi panduan dalam mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi memastikan perancangan perniagaan mereka lebih tersusun dan berdaya saing.

Slot 8 – Boleh Mudah, Kenapa Nak Susahkan?: AI Senjata Produktiviti Bisnes
Tenaga Pengajar: Najmi Aliff Che Harun
Slot ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan. Peserta diperkenalkan kepada pelbagai alat digital dan aplikasi berasaskan AI yang boleh membantu dalam automasi tugas, pemasaran digital serta pengurusan pelanggan dengan lebih pantas dan efektif.

Slot 9 – Stop Menjual, Start Menjenama: Rahsia Usahawan Berjaya 2026
Tenaga Pengajar: Shahana Azlan
Slot ini memberi fokus kepada strategi penjenamaan dan cara membina kepercayaan pelanggan melalui identiti dan nilai jenama yang kukuh. Peserta didedahkan kepada kepentingan ‘branding’ dalam membina keunikan produk serta bagaimana pendekatan jenama yang konsisten mampu meningkatkan jualan dan kesetiaan pelanggan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali