Kelas Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 2 (Minggu 15)
30 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 Oktober 2025, tiga orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet.
Pada kelas minggu ke-15 ini topik yang dibincangkan ialah mendraf pola kurung moden dan kain duyung, ciri-ciri kurung moden & kain duyung, ukuran badan yang perlu diambil, contoh ukuran saiz S, garisan asas baju dan tangan, pola hadapan, pola belakang, pola tangan, dan tips ubah suai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: