Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 10
30 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi webinar NADI X Keusahawanan bertajuk Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 10 telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan penggunaan e-Invois dalam urus niaga harian, selaras dengan langkah digitalisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Slot ini memberi pendedahan kepada peserta tentang pelaksanaan sistem e-Invois serta keperluannya kepada peniaga kecil. Tenaga pengajar menerangkan konsep asas e-Invois, manfaat penggunaannya dalam urus niaga harian, serta cara ia membantu meningkatkan ketelusan dan kecekapan pengurusan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: