Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 4, 5 & 6
29 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi webinar NADI X Keusahawanan bertajuk Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 4, 5 & 6 telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini memberi tumpuan kepada aspek cukai, cap dagangan dan penggunaan AI dalam produktiviti perniagaan:
Slot 4 – Cukai Tak Menakutkan Pun!!!
Tenaga Pengajar: Muhamad Syaamil Bin Abdul Razak
Slot ini memberi pencerahan kepada peserta tentang asas percukaian dan kepentingannya kepada usahawan. Pendekatan santai serta mudah difahami membantu peserta mengurus cukai perniagaan dengan lebih yakin dan teratur.
Slot 5 – Jenama Ini Milik Aku... Ye Ke?: Asas Cap Dagangan
Tenaga Pengajar: Najmi Aliff Che Harun
Peserta diterangkan tentang kepentingan mendaftarkan cap dagangan sebagai perlindungan kepada jenama perniagaan. Sesi ini turut berkongsi langkah-langkah asas untuk memastikan hak milik jenama diiktiraf secara sah.
Slot 6 – Boleh Mudah, Kenapa Nak Susahkan?: AI Senjata Produktiviti Bisnes
Tenaga Pengajar: Najmi Aliff Che Harun
Slot terakhir menumpukan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan produktiviti dan keberkesanan operasi perniagaan. Peserta diperkenalkan kepada pelbagai aplikasi AI yang boleh memudahkan tugasan harian dan pemasaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: