Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 1, 2 & 3

28 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi webinar NADI X Keusahawanan bertajuk Edisi Strategi Perniagaan Usahawan - Slot 1, 2 & 3 telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini bertujuan bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam bidang kewangan serta teknologi kecerdasan buatan (AI).

Slot 1 – Kewangan: Reset Bisnes 2026: Rancang Sebelum Mula
Dikendalikan oleh Tengku Ismith Bin Tengku Ilham, peserta diberi panduan merancang strategi kewangan dan hala tuju perniagaan menjelang 2026.

Slot 2 – AI Untuk Bisnes: Design Pintar Guna Canva AI: Promosi Akhir Tahun Tanpa Pening Kepala!
Peserta belajar menghasilkan reka bentuk promosi kreatif menggunakan teknologi AI bagi kempen akhir tahun.

Slot 3 – AI Untuk Bisnes: Power Pitch Deck: Guna Canva Sediakan Pembentangan Berimpak
Menunjukkan cara menyediakan slaid pembentangan profesional dan menarik untuk tujuan pemasaran dan pelaburan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali