Nadi Melugu X Wellbeing – Podcast: Rheumatoid Arthritis Bukan Sakit Tua – Kenali Simptom Sejak Awal
24 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi podcast bertajuk “Rheumatoid Arthritis Bukan Sakit Tua – Kenali Simptom Sejak Awal” telah diadakan baru-baru ini. Podcast ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pendengar mengenai penyakit rheumatoid arthritis, iaitu sejenis penyakit autoimun yang boleh menyerang sendi tanpa mengira usia.
Melalui sesi ini, para pendengar didedahkan dengan maklumat penting tentang simptom awal, cara pengesanan serta langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengenali tanda-tanda awal penyakit dan mendapatkan rawatan segera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: