Nadi Melugu X Cybersecurity – Webinar: Ancaman Siber Dalam Dunia Ai
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniWebinar bertajuk "Ancaman Siber dalam Dunia AI" telah diadakan pada 20 November 2025 melalui Zoom, khusus untuk ahli NADI. Webinar ini memberikan penerangan menyeluruh tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada teknologi moden, namun pada masa yang sama membawa risiko keselamatan yang semakin kompleks. Peserta didedahkan kepada realiti bahawa ancaman siber pada era AI bukan lagi sekadar serangan tradisional seperti virus atau penggodaman biasa, tetapi kini melibatkan serangan yang lebih sofistikated, automatik dan sukar dikesan kerana ia digerakkan oleh AI itu sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: