Nadi Melugu X Kesedaran – Safe : Laman Web Berbahaya
18 November 2025 | Aktiviti TerkiniTaklimat Laman Web Berbahaya untuk peserta bawah 12 tahun memberi penerangan mudah tentang bahaya yang boleh wujud ketika melayari internet. Dalam sesi ini, mereka belajar bagaimana mengenal pasti laman web yang tidak selamatcontohnya laman yang ada banyak pop-up pelik, gambar atau ayat yang meragukan, serta pautan yang meminta maklumat peribadi.
Peserta juga diberi panduan untuk tidak klik sebarang pautan yang tidak dikenali, tidak memuat turun fail sembarangan, dan sentiasa bertanya kepada orang dewasa jika ragu-ragu. Taklimat ini membantu kanak-kanak memahami cara melayari internet dengan lebih selamat, berhati-hati, dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: