Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Foto – Intake 1 (Minggu 12)
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-11 ini bertujuan untuk mempelajari tentang videografi.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Pada minggu ini, peserta telah diterangkan mengenai teknik-teknik videografi iaitu pencahayaan, komposisi, pergerakan kamera, penggunaan focus dan Depth of Field, rakaman audio yang berkualiti dan pemilihan frame rate dan resolusi. Peserta juga telah mempelajari tentang proses-proses penghasilan video menggunakan smartphone.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: