Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 4)
13 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-4 ini bertujuan untuk mempelajari tentang pengurusan tanaman – semaian benih.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-4 ini, peserta diberi masa selama lebih kurang 20 minit untuk menjawab 10 soalan kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari sebelum ini. Kemudian, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan mengenai cara menyemai benih fertigasi, proses memindah anak semaian ke polibeg, penyelenggaraan di peringkat vegetative dan penyelenggaraan di peringkat reproduktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: