Webinar NADI x Kesedaran : Taklimat Siber Buli – Lindungi Diri Anda di Dunia Digital
13 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webinar Taklimat Siber Buli – Lindungi Diri Anda di Dunia Digital melalui platform Google Meet. Taklimat ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang cara untuk melindungi diri pelajar di dunia digital.
Pada taklimat ini, Pn. Shazza telah menerangkan mengenai maksud buli siber, jenis-jenis buli siber, S.A.F.E tips, kesan-kesan buli siber terhadap mangsa dan pembuli serta langkah-langkah untuk mencegah buli siber dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menyertai kuiz menggunakan laman Quiz.com untuk menjawab soalan berkaitan topik yang telah dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: