Webiner Kelas NADI Mahir – Foto – Intake 1 (Minggu 5)

21 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2024, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu kedua ini bertujuan untuk mendedahkan peserta secara mendalam mengenai topik dan sistem yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Foto – Intake 1 ini.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Pada minggu ini, peserta telah diterangkan tips smartphone, elemen & perspektif dalam fotografi, teknik composition dan jenis-jenis fotografi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali