Webiner NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – DiLea (Minggu 1 – Bahasa Malaysia)
18 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2024, seorang pelajar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi kelas DiLea yang diadakan menggunakan platform Zoom Meeting. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan Bahasa Malaysia bagi pelajar Tingkatan 4.
Dalam sesi pembelajaran ini, guru yang merupakan guru Bahasa Malaysia telah menjelaskan mengenai pengenalan laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah, kesalahan penggunaan Penjodoh Bilangan, kesalahan penggunaan Penanda Wacana, penggunaaan perkataan Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu dan penamaan baharu jadual makan. Pelajar juga digalakkan untuk menjawab kuiz yang dipaparkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: