Webiner Kelas NADI Mahir – Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 1)

17 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2024, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu pertama ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai topik dan sistem yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Baiki Gajet – Intake 1 ini.

Dalam kelas pertama ini, peserta telah berkenalan dengan tenaga pengajar sepanjang kursus ini, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kepada kursus Mahir baiki Gajet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali