Webiner Kelas NADI Mahir – Masak – Intake 1 (Minggu 1)
14 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2024, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu pertama ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai topik dan sistem yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Masak – Intake 1 ini.
Dalam kelas pertama ini, peserta telah berkenalan dengan tenaga pengajar sepanjang kursus ini, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kepada kursus Mahir Masak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: