Taklimat Pelaksanaan Program Perkhidmatan Pintar NADI - Pelajar Tingkatan 3

12 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Melugu telah mengadakan taklimat pelaksanaan program perkhidmatan pintar NADI bersama salah seorang guru Unit Bimbingan dan Kaunseling dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Melugu. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai program-program perkhidmatan pintar yang ditawarkan di NADI yang bersesuaian dengan penyertaan daripada pelajar sekolah menengah.

Pada taklimat ini, Pengurus NADI Melugu telah menerangkan mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di NADI, objektif penubuhan NADI, golongan sasaran dan perkhidmatan-perkhidmatan pintar yang baharu ditawarkan di NADI seperti keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

Selain itu, Pengurus turut menerangkan serba sedikit mengenai NADI Safe & Shield yang bersesuaian dengan golongan umur pelajar. Pelajar tutut digalakkan untuk menjawab sedikit soalan berkaitan dengan perkhidmatan pintar dan hadiah diberikan kepada pelajar yang menjawab soalan dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali