Taklimat NADI – Safe Bersama SJK (C) Chung Hua Bangkong

7 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu dengan kerjasama guru-guru dan murid-murid SJK (C) Chung Hua Bangkong telah mengadakan NADI- Safe di Dewan SJK (C) Chung Hua Bangkong. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan mengenai dunia digital dan cara menjaga diri ketika menggunakan teknologi.

Pada taklimat ini, Pengurus NADI Melugu telah menerangkan mengenai kod SAFE iaitu S (Smart) – bagaimana menjadi warga digital yang bijak dan selamat, A (Aware) – sentiasa mengawasi diri daripada menjadi mangsa penipuan dan scam, F (Fortify) – cara untuk melindungi data dan privasi diri dan E (Empathy) – Membuat kebaikan adalah yang terbaik.

Pengurus NADI Melugu juga turut menggalakkan murid-murid untuk menjawab soalan yang berkaitan tajuk yang telah diterangkan dan murid yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul akan mendapat hadiah. Sesi taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Guru Besar SJK (C) Chung Hua Bangkong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali