Webiner NADI x Keusahawanan – E-invoice dan Pematuhan Perniagaan

6 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2024, beberapa orang usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI x Keusahawanan E-invoice dan Pematuhan Perniagaan yang diadakan menggunakan platform Zoom Metting. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai e-invoice dan penyimpanan rekod yang teratur.

Dalam sesi perkongsian ini, speaker telah menjelaskan mengenai senario e-invois, kaedah pelaksanaan e-invois dan pematuhan serta penyimpanan rekod e-invois.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali