Webiner NADI x Kesejahteraan Kendiri
28 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Kesejahteraan Kendiri yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner yang diadakan pada setiap petang hari Rabu ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan info terbaru, amalan terbaik saringan dan perkongsian-perkongsian yang lain.
Sesi webinar ini kali ini adalah mengenai perkembangan terkini saringan yang telah dibuat oleh petugas NADI, proses untuk memperoleh sokongan keahlian percuma semasa pemeriksaan kesihatan diadakan semasa program-program, proses memohon barang saringan sekiranya telah habis digunakan dan inisiatif-inisiatif yang dapat digunakan untuk memperoleh pengguna bagi pemeriksaan kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: