NADI x e-Sukan : Kelas Kesedaran Sesi 4 (Minggu 3 & 4 November 2024)
17 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2024, para pemain MLBB yang mewakili Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai kelas kesedaran sesi 4. Kelas ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi diri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Topik pada kelas kali ini adalah Episod 2 iaitu mengenai e-sukan sebagai peluang kerjaya yang telah dikongsi oleh En. Mohamad Khir Md Nor yang merupakan Naib Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia dan En. Muhammad Faries Faizal bin Shamsul yang merupakan Naib Presiden 2 Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: