Kuiz Microsoft Office Powerpoint – Topik 3
18 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2021, Pusat Internet Komuniti Melugu telah mengadakan kuiz Microsoft Office Powerpoint secara dalam talian menggunakan aplikasi Typeform. Kuiz ini bertujuan untuk menguji pengetahuan peserta mengenai Microsoft Powerpoint yang telah dipelajari.nAplikasi Typeform merupakan aplikasi yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau informasi tanpa perlu menulis satu baris kod. Typeform mempunyai pelbagai jenis template dan pengguna boleh memilih jenis template mengikut keperluan mereka. Dalam kuiz ini, peserta diberi link untuk mengakses 10 soalan yang terdapat dalam Typeform dan mereka dikehendaki untuk menjawab soalan dalam bentuk objektif. Peserta diwajibkan untuk menjawab semua soalan dan markah akan dipaparkan setelah mereka menyelesaikan tugasan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: